Halaman

Visi PPDa: Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015

Taklimat Profesionalisme Guru-Guru PPDa Daerah Hilir Perak

Taklimat tersebut akan diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak.  Taklimat akan disampaikan oleh Pn. Wiza Rozahrin binti Mohamed Radzi (Penolong Pengarah PPDa) dan akan dibantu oleh En. Sayuti bin Ibrahim (Penolong Pengarah Pengurusan Data, Intervensi, Pengurusan Sumber dan Seranta).  Dipohon kerjasama semua guru PPDa sekolah daerah Hilir Perak untuk hadir dan mengikuti sesi taklimat ini.

Kursus Jurulatih Utama Sahabat PPDa-PETRONAS

Kursus Jurulatih Utama Sahabat PPDa-PETRONAS 2012 akan diadakan seperti butiran berikut:


Tarikh : 14-16 Februari 2012
Masa : 2.30 petang (pendaftaran)
Tempat: Virgo Batik Resort, Teluk Batik, Lumut.

Kepada peserta yang akan mengikuti kursus tersebut, selamat datang diucapkan dan diharapkan agar dapat menepati masa yang ditetapkan.

Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah Bil.1/2012





















VIRGO BATIK RESORT, Mesyuarat Pengurusan PPDa Bil. 1/2012 telah diadakan di sini. Mesyuarat disertai Pegawai PPDa Jabatan Pelajaran Perak bersama Penyelia-Penyelia Pendidikan Pencegahan Dadah Daerah dan Penolong PPD HEM. Mesyuarat bertujuan membincangkan perancangan dan penyelarasan Pendidikan Pencegahan Dadah Negeri Perak tahun 2012. Penutupan mesyuarat dilakukan oleh Tn. Hj. Rozi bin Puteh Ismail, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Perak. Dalam ucapannya beliau berharap pendidikan pencegahan dadah dilakukan dengan kembali kepada asas dalam pendidikan iaitu taat kepada Allah, taat kepada ibubapa, dan taat kepada guru.

Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah



Ucapan sekalung tahniah kepada Puan Wiza Rozahrin binti Mohd Radzi atas pelantikan sebagai Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pelajaran Perak berkuat kuasa 16 Disember 2011. Semoga dengan pelantikan ini Visi Unit Pendidikan Pencegahan Dadah ke arah Sekolah Bebas Dadah 2012, Negara Bebas Dadah 2015 dapat direalisasikan.

UCAPAN TERIMA KASIH & SELAMAT BERTUGAS DI BTN, PUTRAJAYA

Unit PPDa Jabatan Pelajaran Perak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Roslan bin Hussin atas sumbangan yang diberikan sepanjang bertugas di Unit PPDa. JPN Perak. & Selamat bertugas di BTN Putrajaya.