Halaman

Visi PPDa: Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015

Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan

Borang Soal Selidik PROSIDAR Guru-Guru Sekolah Rendah Perak


Guru- Guru Tahun 4,5,6 adalah dipohon dan dijemput menjawab soal selidik ini. Sila klik di sini untuk memuat turun Borang Soal Selidik Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR).

Muat Turun Borang Soal Selidik B5 (kemaskini pada 11-8-2011)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9iu3Jfkw13FZNci7-Ne1t49jQDgbcVFyKFi3NYbdSDwnM4YY6eZ5HyoJ1xITxry4Q0bXZR_C4Vz1qncGe38O221XYqeymZRgRNeRdndLHCYDN_eSVQ3PwKLwPUonf6juc4q7dJdUWL1Up/s1600/muat+turun.jpg
  BORANG B5 SR & SM


Borang ini digunakan untuk "key in" dapatan B4. 

Sila klik di bawah untuk memuat turun borang:

Makluman Kepada Semua S/u PPDa PPD Kinta Utara


Terima kasih atas sambutan kehadiran semua guru PPDa Kinta Utara.

Mohon ambil perhatian:
Terima kasih atas perhatian.

Taklimat Pengurusan Data PPDa Kinta Utara

Unit PPDa JPN dengan kerjasama sepenuhnya PPD Kinta Utara telah mengadakan taklimat Pengurusan Data PPDa semua sekolah menengah dan rendah. Taklimat ini telah dihadiri oleh semua Setiausaha PPDa seramai 163 SU PPDa.

Taklimat telah disampaikan oleh Dr Roslan Bin Hussin, Ketua Unit PPDa serta dibantu oleh En.Sayuti Bin Ibrahim, Penolong Pengarah Unit PPDa JPN. En Asrul Sani Pegawai PPDa Kinta Utara merupakan penyelaras program ini. Tahniah kepada PPD Kinta Utara





Pembentangan KU PPDa Dalam MTMD Perak Tengah Bil 2/2011


Jabatan Pelajaran Perak telah diberi penghormatan oleh AADK Perak Tengah membentang kertas bertajuk Perancangan Strategik PPDa JPN menrealisasikan Sekolah Bebas Dadah 2012 dalam mesyuarat MTMD Bil 2/2011 Daerah Perak Tengah. 

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah berlansung pada 21.7.2011 jam 2.30 petang.  Dr Roslan Hussin, Ketua Unit, PPDa JPN Perak, yang telah membentang kertas bertemakan 'Mendepani Cabaran, Berkongsi Tindakan' telah mendapat perhatian serius oleh mesyuarat bagi membantu sekolah dalam mendepani cabaran membasmi dadah khususnya empat penyakit lain iaitu rokok, inhalan, arak dan HIV/seks.

Pemantauan Pelaksanaan Aktiviti & Program PPDa di Peringkat Sekolah Negeri Perak

Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), Jabatan Pelajaran Negeri Perak sedang dalam proses mengumpul data-data berkaitan pelaksanaan aktiviti dan program PPDa yang telah dan akan dilaksanakan di sekolah-sekolah negeri Perak.

Tujuan pemantauan ini adalah untuk mendapatkan maklumat sejauh mana pelaksanaan aktiviti dan program PPDa di peringkat sekolah di negeri Perak.  Maklumat pemantauan ini akan dijadikan pangkalan data bagi tujuan rujukan dan penanda aras program-program seterusnya.

Semua sekolah diminta memuat turun dan melengkapkan borang pemantauan ini dan kembalikan melalui e-mel: unitppdaperak@hotmail.com sebelum 25 Julai 2011.

Sebarang masalah atau pertanyaan boleh diajukan kepada Unit PPDa, JPN Perak di talian 05-501 5183.

Mesyuarat Penyelarasan dan Pengurusan PPDa JPN, 27 & 28 Jun 2011

Bengkel Pengurusan Data PPDa PPD Kinta Selatan 2011

PPD Kinta Selatan telah mengadakan Bengkel Pengurusan Data PPDa 2011 pada 9 Mei 2011 bertempat di Pusat Sumber SMK Sultan Yusuf, Batu Gajah.  Bengkel tersebut telah dihadiri oleh semua Setiausaha PPDa Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah PPD Kinta Selatan.  Dalam bengkel tersebut, semua Setiausaha telah didedahkan semula peranan PPDa sekolah serta perkembangan semasa PPDa oleh En.Zailan Zainuddin Penolong Pengarah PPDa, JPN. 

Bengkel Pengurusan Data menggunakan perisian yang dinamakan MP2U KPM  pula disampaikan oleh Dr Roslan Hussin, Ketua Unit  PPDa, JPN khusus untuk semula sekolah menyediakan pengurusan data  PPDa bagi tahun 2011.  PPDa JPN Perak mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada PPD Kinta Selatan kerana berjaya menganjurkan bengkel ini.

Kursus Moderator Membina Laman Web/Portal Sektor Pembangunan Kemanusiaan

Dalam usaha meningkatkan keupayaan Sektor Pembangunan Kemanusiaan (SPK) menyediakan maklumat terkini, SPK dengan kerjasama Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menganjurkan Kursus Moderator Membina Laman Web/Portal selama 3 hari mulai 20 hingga 22 April 2011 bertempat di BTPN, Ipoh.

Kursus ini memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai utama daripada lima unit SPK, JPN dan dikendalikan oleh Pn Siti Balkis dan Pn Wan Syatirah daripada Sektor ICT. Penyelaras ICT SPK Dr.Roslan menyatakan, di akhir kursus ini, 16 pegawai yang merupakan peserta kursus ini akan dapat menghasilkan Portal Sektor Pembangunan Kemanusiaan bagi menyalurkan semua maklumat Sektor dan Unit.
___________________________________________
Sumber: Portal Rasmi Jabatan Pelajaran Negeri Perak.  http://pelajaranperak.gov.my/v2/modules/news/article.php?storyid=548, yang diakses pada 22 April 2011.

Komen Anda

Program Orientasi Sahabat PPDa Petronas Sekolah Menengah JPN 2011


Kursus Orientasi Program Sahabat PPDa Petronas akan berlangsung pada 12 April 2011 bertempat di Kompleks Rakan Muda, Kamunting.  Seramai 300 pelajar sekolah menengah dari empat daerah iaitu Larut Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Hulu Perk dan Kerian dijangka menyertai program sehari ini yang akan dirasmikan oleh Y. Bhg. Tn Hj Zulkunaini bin Hussin, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Perak.  Program ini akan disertai sama oleh 16 orang fasilitator daipada pihak Petronas.

Sambutan Minggu Anti Dadah SMK Jati, Ipoh


SMK Jati Ipoh, telah menjalankan Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah.  Majlis perlancaran minggu tersebut telah disempurnakan oleh Dr Hj Roslan Bin Hussin, Ketua Unit PPDa, JPN.  Upacara melepaskan burung merpati semasa pelancaran tersebut turut disertai oleh Pn Pengetua, SMK Jati dan  PK Hal Ehwal Murid.   Barisan pelajar sekolah juga membuat persembahan dalam majlis yang disertai oleh semua guru dan pelajar sesi pagi.

Forum Sempena Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan Negeri Perak

Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Lee Chee Leong
Majlis pelancaran Hari Anti Dadah Kebangsaan (HADK) anjuran AADK Negeri  Perak telah diadakan di SK Bukit Pekan, Kampar pada 9.4.2011.  Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri YB Lee Chee Leong.

Program tersebut yang dilaksanakan secara sepadu turut melibatkan aktiviti sukan, pameran dan aktiviti sosial telah mendapat sambutan hangat daripada anggota masyarakat setempat.  JPNPerak turut sama menjaya program tersebut melalui penglibatan Ketua Unit PPDa Negeri, Dr Hj Roslan Hussin sebagai ahli panel forum. Dalam Forum tersebut, beliau menjelaskan strategi utama JPN iaitu Sekolah SIFAR DADAH serta peranan semua pihak bagi mendokong perancangan JPN. Turut serta menjayakan forum yang berakhir pada jam 1.15 tengah hari tersebut ialah MAIPK dan AADK.

Komen Anda

Kursus Fasilitator Sahabat Petronas PPDa - Kohort 3

Kursus fasilitator Sahabat Petronas PPDa JPN Perak sedang berlangsung di Hotel Seri Malaysia Taiping bermula pada 28 hingga 30 Mac 2011. Seramai 70 pelajar sekolah menengah dan 30 murid sekolah rendah  di daerah utara negeri Perak melibatkan LMS, Kerian, Hulu Perak dan Kuala Kangsar. Seramai 20 JU yang terdiri daripada guru-guru  melatih barisan fasilitator PPDa. Dr Roslan Hussin, Pegawai PPDa sempat bersama dengan fasilitator menunaikan solat maghrib berjemaah.  Berita selanjutnya akan menyusul.

Program Keantarabangsaan SK Marian Convent, Ipoh ke Bandung, Indonesia

Delagasi  Guru Besar dan guru-guru SK Marian Convent telah berangkat ke Bandung, Indonesia  pada 14 Mac.  Mereka akan berada di sana sehingga 17 Mac 2011.  Ahli rombongan seramai 16 guru dan pengirng akan mengunjungi sebuah sekolah dasar bagi memulakan hubungan jaringan antarabangsa di situ.  Turut sama dalam rombongan ini ialah Ketua Unit PPDa JPN, Dr Roslan Hussin.  Berita selanjutnya akan menyusul.

Dr Roslan mengunjungi laman web PPDa dari Bandung, Jawa Barat pada 15 Mac 2011.


Lawatan Kerja PPDa ke SMK Pengkalan

Satu lawatan ringkas Dr Roslan Hussin, KU PPDa ke SMK Pengkalan untuk meninjau sudut PPDa SMK Pengkalan  pada 8 Mac 2011 bermula jam 10.00 pagi. SMK Pengkalan telah mendapat pengiktirafan daripada KPM sebagai sebuah sekolah yang dapat menyediakan sudut PPDa yang terbaik. Pn Pengetua Pn Norhayati Bt Saad serta penolong-penolong kanan serta guru kanan telah turut serta dengan memberi taklimat serta melawat kawasan sekolah sepanjang lawatan dan perbincangan yang berlanjutan sehingga 1.00 tengahari. Kaunselor sekolah, Ketua guru disiplin turut sama mengadakan perbincangan mengenai usaha-usaha mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif pelajar di sekolah ini. Menurut Dr Roslan, sekolah mempunyai keupayaan mewujudkan suasana yang kondusif pembelajaran dengan uasana sekolah dalam taman. Tahniah semuga SMK Pengkalan terus berjaya.


Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah SMK Chenderiang, Temoh

Sambutan Minggu Anti Dadah Sekolah Menengah Kebangsaan Chenderiang, Temoh telah dilancarkan pada 7 Mac 2011. Program bermula 7 Mac 2011 hingga 11 Mac 2011 ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah sekolah bertujuan melahirkan pelajar yang berpengetahuan tentang bahaya dan kesan dadah serta mempunyai kemahiran untuk menolak ancaman dadah dan gejala sosial yang lain. Pelbagai program seperti Ikrar Anti Dadah, Deklamasi Sajak, Ceramah Motivasi, Senamrobik, Pameran AADK dan PDRM, Pertunjukan Pasukan K9 PDRM, Klinik Berhenti Merokok, Tayangan Video dan Majlis Bacaan Yasin akan dilaksanakan sempena Minggu Anti Dadah sekolah berkenaan. Adalah diharapkan usah-usaha yang dijalankan ini membuahkan kejayaan, murid sifar dadah dan sekolah bebas dadah. Seterusnya diharap dapat merealisasikan hasrat Pengarah JPN Perak untuk meningkatkan Kecemerlangan Akademik, Kecemerlangan Kokurikulum dan Peningkatan Imej. Setinggi-tinggi penghargaan, terima kasih dan tahniah kepada pihak pentadbir, guru-guru, pelajar-pelajar dan semua warga sekolah yang menjayakan program ini. Teruskan Kecemerlangan.
Ucapan Tuan Pengetua SMKC En. Idris b. Ngah Mat Ariffin.

Bacaan Perutusan oleh Encik Khairul Anuar b. Ariffin (SU PPDa)

Pelancaran Program Minggu Anti Dadah oleh Encik Zailan Zainuddin PP PPDa JPN Perak.

Ikrar Murid Bebas Dadah

Persembahan Murid SMKC

Barisan Pentadbir dan Guru SMK Chenderiang.

Guru B&K : SU Program : Pengacara Majlis Pn. Sarinah bt. Anwar

Semoga usaha ini mencapai kejayaan

Terima kasih di atas komitmen semua

Semoga anak-anak didik kita bebas dadah dan bekerjaya cemerlang


Majlis Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan SMK Seri Kledang & Pelancaran PROGRESS PPD Kinta Utara


Majlis sambutan Hari Anti Dadah  Kebangsaan  (HADA) SMK Seri Kledang dan Pelancaran Program Bersepadu Anti Dadah PPD Kinta Utara telah dilancarkan oleh Tuan PPD Kinta Utara, En.Said bin Manap pada 2 Mac 2011 di SMK Seri Kledang.

Majlis tersebut yang bermula pada jam 8.00 pagi dipenuhi dengan pelbagai acara sambutan seperti bacaan puisi, syarahan dan ikrar oleh para pelajar sekolah.  Pasukan Anjing Polis PDRM turut membuat demontrasi mengesan dadah serta pameran agensi AADK dan Jabatan Kesihatan.  Perutusan Pengarah  Pelajaran Perak sempena HADA juga telah dibacakan oleh Penolong Kanan, Hal Ehwal Murid, En. Wong.  

Turut sama dalam majlis tersebut adalah Dr Roslan Hussin, Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah JPN Perak, pegawai-pegawai PPD, dan Pegawai Perhubungan Polis sekolah sebagai tetamu. 

Tahniah kepada Pengetua, guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Seri Kledang. Semoga matlamat SEKOLAH BEBAS DADAH tercapai.

[ Sila klik pada gambar untuk melihat imej lebih besar. ]

Pelancaran Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah SMK Raja Shahriman

21 Februari 2011  -  Yang Berusaha Dr. Roslan bin Hussin, Penolong Pengarah Pendidikan Pencegahan Dadah, Jabatan Pelajaran Perak telah hadir ke SMK. Raja Shahriman bagi menyempurnakan Pelancaran Minggu PPDa sekolah tersebut. Dalam ucapan perasmian, beliau banyak menyentuh tentang pentingnya ilmu, akhlak dan budaya hormat menghormati untuk menjadikan diri seseorang pelajar itu sebagai benteng mengekang anasir-anasir dan musuh-musuh terutamanya dadah. Turut hadir bersama ialah En. Zuraidi bin Samad, Pegawai Khas Pendidikan Pencegahan Dadah, Pejabat Pelajaran Daerah Manjung. Turut bersama murid di dalam dewan ialah Tuan Pengetua, Penolong Kanan serta guru-guru SMK. Raja Shahriman.