Halaman

Visi PPDa: Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015

Mesyuarat Khas Penyelarasan Majlis Pelancaran Hari Anti Dadah Kebangsaan Peringkat Negeri Perak Tahun 2012 bil. 1/2012

Semua Pegawai Pelajaran Daerah,
Pejabat Pelajaran Daerah,
Negeri Perak.

Tuan,

Mesyuarat yang tersebut diatas akan diadakan seperti ketetapan berikut :

     Tarikh   :   08 Mac 2012
     Masa    :   9.30 pagi
     Tempat  :   Bilik Mesyuarat, PPD Hulu Perak

Mohon kerjasama tuan untuk membenarkan pegawai tuan, Penyelia Pendidikan Pencegahan Dadah, manakala bagi daerah yang tidak ada Penyelia PPDa, mohon menghantar Pegawai yang menjalankan tugas-tugas Pendidikan Pencegahan Dadah untuk hadir ke mesyuarat tersebut dengan membawa bersama komputer riba, bahan-bahan dan maklumat-maklumat berkenaan untuk dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Surat panggilan ke mesyuarat tersebut telah dihantar melalui faksilimi ke daerah masing-masing pada hari Isnin : (5 Mac 2012)

Kerjasama tuan amat dihargai.

Sekian. Terima kasih.

SELAMAT DATANG KEPADA PENYELIA BARU UNIT PPDa, JABATAN PELAJARAN PERAK.

Selamat datang diucapkan kepada En. Mahfudz Jeffry bin Abu Hassan di atas perlantikan sebagai Penyelia DGA 34 (memangku) Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Jabatan Pelajaran Perak. Diharapkan semoga dengan kehadiran tuan disini dapat meningkatkan lagi imej Unit PPDa, seterusnya merealisasikan matlamat Jabatan menjadikan Sekolah Bebas Dadah.

BULAN MAC 2012

PERANCANGAN AKTIVITI
UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH,
JABATAN PELAJARAN PERAK
BULAN MAC 2012

BIL
TARIKH/MASA/TEMPAT
AKTIVITI
PEGAWAI
1.
5 MAC – 7 MAC
HOTEL CITRUS, KUALA LUMPUR
MESYUARAT J/K INDUK PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN BIL. 1/2012
PN. WIZA ROZAHRIN BINTI MOHAMED RADZI
EN. SAYUTI BIN IBRAHIM
2.
8 MAC 2012
9.30 PG
PPD HULU PERAK
MESYUARAT KHAS PENYELARASAN MAJLIS PELANCARAN HARI ANTI DADAH KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI PERAK BIL. 1/2012
PN. WIZA ROZAHRIN BINTI MOHAMED RADZI
EN. SAYUTI BIN IBRAHIM
EN. MAHFUDZ JEFFRY BIN ABU HASSAN
3.
20 MAC 2012
2.30 PTG
LMS
TAKLIMAT PROFESIONALISME GURU PPDa
PN. WIZA ROZAHRIN BINTI MOHAMED RADZI
EN. SAYUTI BIN IBRAHIM
EN. MAHFUDZ JEFFRY BIN ABU HASSAN
4.
28 MAC 2012
PUSAT KOKURIKULUM NEGERI PERAK
KEM PENDIDIKAN LUAR SM NEGERI PERAK
EN. SAYUTI BIN IBRAHIM

Taklimat Profesionalisme Guru-Guru PPDa Daerah Perak Tengah pada 21 Februari 2012




Taklimat Profesionalisme Guru-Guru PPDa Daerah Manjung pada 8 Februari 2012