Halaman

Visi PPDa: Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015

Majlis Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan SMK Seri Kledang & Pelancaran PROGRESS PPD Kinta Utara


Majlis sambutan Hari Anti Dadah  Kebangsaan  (HADA) SMK Seri Kledang dan Pelancaran Program Bersepadu Anti Dadah PPD Kinta Utara telah dilancarkan oleh Tuan PPD Kinta Utara, En.Said bin Manap pada 2 Mac 2011 di SMK Seri Kledang.

Majlis tersebut yang bermula pada jam 8.00 pagi dipenuhi dengan pelbagai acara sambutan seperti bacaan puisi, syarahan dan ikrar oleh para pelajar sekolah.  Pasukan Anjing Polis PDRM turut membuat demontrasi mengesan dadah serta pameran agensi AADK dan Jabatan Kesihatan.  Perutusan Pengarah  Pelajaran Perak sempena HADA juga telah dibacakan oleh Penolong Kanan, Hal Ehwal Murid, En. Wong.  

Turut sama dalam majlis tersebut adalah Dr Roslan Hussin, Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah JPN Perak, pegawai-pegawai PPD, dan Pegawai Perhubungan Polis sekolah sebagai tetamu. 

Tahniah kepada Pengetua, guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Seri Kledang. Semoga matlamat SEKOLAH BEBAS DADAH tercapai.

[ Sila klik pada gambar untuk melihat imej lebih besar. ]