Halaman

Visi PPDa: Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015

Program Orientasi Sahabat PPDa - PETRONAS (Sekolah Rendah)JPN 2011

Taiping - 3 Mei 2011. Kursus Orientasi Sahabat  PPDa-PETRONAS telah dijalankan di Kompleks Rakan Muda, Kamunting. Kursus sehari itu telah dihadiri kira-kira 300 murid-murid dari Daerah Larut Matang dan Selama, Daerah Kerian, Daerah Hulu Perak dan Daerah Kuala Kangsar. Kursus yang bermula jam 8.00 pagi berakhir dengan jayanya pada jam 6.00 petang. Turut menjadi Penceramah kursus adalah kakitangan PETRONAS seramai 12 orang. Terima kasih diucapkan kepada En. Zailan bin Zainuddin, Penolong Pengarah PPDa Jabatan Pelajaran Perak kerana telah sudi merasmikan majlis penutup program tersebut. dan terima kasih juga kepada semua Fasi dari kalangan guru yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. 1Malaysia Membanteras Dadah