Halaman

Visi PPDa: Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015

Program Sayangi Hidup Elak Dadah Selamanya (SHIELD)


Manjung - Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Pejabat Pelajaran Daerah Manjung dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Manjung (AADK) akan melaksanakan program tersebut pada 23 hingga 26 Mei 2011 di Rindu Alam Resort, Kg. Baru, Ayer Tawar. Program tersebut dihadiri oleh 20 orang murid perempuan dan 20 orang murid lelaki dari sekolah-sekolah menengah di Daerah Manjung. Peserta program terdiri dari murid-murid Tingkatan 2 & 4 yang berisiko tinggi / sederhana mengikut tafsiran pihak sekolah masing-masing. Peserta juga terdiri dari murid-murid yang didapati positif kertas jalur semasa ujian urin dijalankan di sekolah-sekolah.