Halaman

Visi PPDa: Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015

Pindaan Tarikh Kursus Fasilitator Sahabat PPDa-Petronas Kohort 3/2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Kursus Fasilitator Sahabat PPDa-Petronas Kohort 3 / 2011 yang sepatutnya diadakan pada 08 Mac 2011 hingga 10 Mac 2011 ditunda ke tarikh baru iaitu 28 Mac 2011 hingga 30 Mac 2011. Pindaan tarikh ini dibuat memandangkan kebanyakan sekolah mengadakan Ujian Selaras 1 tahun 2011. Tempat tidak berubah. Mohon semua Jurulatih Utama mengenalpasti murid-murid yang akan mengikuti kursus tersebut. Maklumat-maklumat lain akan disampaikan melalui surat ke sekolah tuan puan. Terima kasih dan selamat bertugas. Semarakkan bulan Mac dan April ini dengan Minggu Anti Dadah. Sampaikan pengetahuan, maklumat, ilmu dan kemahiran agar semua murid berupaya menentang dadah. Gerakkan kesedaran bahaya dan kesan dadah di semua peringkat. Semoga dapat merealisasikan Murid Sifar Dadah Sekolah Bebas Dadah.