Halaman

Visi PPDa: Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015

Surat Siaran 1/2011

PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN ROKOK, ALKOHOL, INHALAN, DADAH DAN HIV/Aids PERINGKAT SEKOLAH BAGI TAHUN 2011

Masalah penggunaan bahan terlarang dalam kalangan murid merupakan perkara yang perlu diambil perhatian serius secara bersepadu oleh semua pihak. Saya menyeru agar semua pihak dapat bersama-sama berusaha merealisasikan pelan tindakan Sifar Dadah 2011 melalui strategi yang bersepadu dan menyeluruh.

Untuk memastikan murid-murid sekolah sentiasa mendapat maklumat terkini melalui aktiviti-aktiviti terancang dan terselaras berkaitan bahaya rokok, inhalan, dadah, alkohol dan HIV/Aids (rujuk Surat Pekeliling Am Bil. 1 tahun 1985, Jabatan Perdana Menteri bertarikh 29 Januari 1985 yang diedarkan ke semua jabatan dan sekolah) maka semua sekolah diminta mengambil tindakan.

Sila klik untuk memuat turun Surat Siaran ini.