Halaman

Visi PPDa: Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015

Bilik Sumber PPDa SMK Seri Samudera

SMK Seri Samudera terletak di kawasan Manjung Raya, Seri Manjung, Perak. Pelajar-pelajar sekolah ini datang dari perumahan di kelilinginya seperti Taman Desa Manjung Point, Taman Samudera Baru, Manjung Point Syeksen 1, 2 dan 3, Taman Desa Bayu dan Taman Samudera.


Sekolah ini mempunyai sebuah Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang mewakili negeri Perak dalam pertandingan Bilik Sumber PPDa 2008 dan 2009. Bilik Ini menjadi pusat sehenti kepada pelajar, masyarakat daerah Manjung untuk mendapatkan maklumat berkaitan pendidikan pencegahan dadah. Bilik ini dirasmikan oleh Tuan PPD Daerah Manjung.


Tuan-tuan dan puan-puan dijemput hadir ke Bilik Sumber PPDa SMK Seri Samudera. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sangat kami alu-alukan.

Bilik Sumber ini dibahagikan kepada 2 ruang iaitu Ruang Pameran dan Ruang Bacaan. Sokongan, bantuan dan keperihatinan PPD Manjung menjadikan Bilik Sumber PPDa berada dalam keadaan yang sangat selesa dilengkapi dengan penghawa dingin. Bahan-bahan bacaan yang terdapat di Bilik Sumber PPDa ini diberikan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pejabat Kesihatan Daerah Manjung, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Penerangan dan beberapa agensi luar yang lain.