Salah sebuah sekolah di PPD Kinta Utara telah menyediakan Bilik Sumber PPDa bagi tujuan pendidikan pencegahan dadah. Bilik PPDa SK Pakatan Jaya, Ipoh ini mempunyai beberapa permainan interaktif yang memberi pendedahan kepada pelajar mengenai hidup bahagian tanpa dadah.
Dr Roslan Hussin, KU PPDa telah meluang masa bersama pengurusan sekolah berbincang mengenai persiapan sekolah untuk menyertai anugerah Bilik Sumber dan Lorong PPDa peringkat Kebangsaan pada 28.7.2011. Turut hadir semua Pen Kanan, penyelaras dan SU PPDa SK Pakatan Jaya PPDa dalam perbincangan tersebut.
Visi PPDa: Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015