SMK Jati Ipoh, telah menjalankan Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah. Majlis perlancaran minggu tersebut telah disempurnakan oleh Dr Hj Roslan Bin Hussin, Ketua Unit PPDa, JPN. Upacara melepaskan burung merpati semasa pelancaran tersebut turut disertai oleh Pn Pengetua, SMK Jati dan PK Hal Ehwal Murid. Barisan pelajar sekolah juga membuat persembahan dalam majlis yang disertai oleh semua guru dan pelajar sesi pagi.
Visi PPDa: Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015