Halaman

Visi PPDa: Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015

Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah SMK Chenderiang, Temoh

Sambutan Minggu Anti Dadah Sekolah Menengah Kebangsaan Chenderiang, Temoh telah dilancarkan pada 7 Mac 2011. Program bermula 7 Mac 2011 hingga 11 Mac 2011 ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah sekolah bertujuan melahirkan pelajar yang berpengetahuan tentang bahaya dan kesan dadah serta mempunyai kemahiran untuk menolak ancaman dadah dan gejala sosial yang lain. Pelbagai program seperti Ikrar Anti Dadah, Deklamasi Sajak, Ceramah Motivasi, Senamrobik, Pameran AADK dan PDRM, Pertunjukan Pasukan K9 PDRM, Klinik Berhenti Merokok, Tayangan Video dan Majlis Bacaan Yasin akan dilaksanakan sempena Minggu Anti Dadah sekolah berkenaan. Adalah diharapkan usah-usaha yang dijalankan ini membuahkan kejayaan, murid sifar dadah dan sekolah bebas dadah. Seterusnya diharap dapat merealisasikan hasrat Pengarah JPN Perak untuk meningkatkan Kecemerlangan Akademik, Kecemerlangan Kokurikulum dan Peningkatan Imej. Setinggi-tinggi penghargaan, terima kasih dan tahniah kepada pihak pentadbir, guru-guru, pelajar-pelajar dan semua warga sekolah yang menjayakan program ini. Teruskan Kecemerlangan.
Ucapan Tuan Pengetua SMKC En. Idris b. Ngah Mat Ariffin.

Bacaan Perutusan oleh Encik Khairul Anuar b. Ariffin (SU PPDa)

Pelancaran Program Minggu Anti Dadah oleh Encik Zailan Zainuddin PP PPDa JPN Perak.

Ikrar Murid Bebas Dadah

Persembahan Murid SMKC

Barisan Pentadbir dan Guru SMK Chenderiang.

Guru B&K : SU Program : Pengacara Majlis Pn. Sarinah bt. Anwar

Semoga usaha ini mencapai kejayaan

Terima kasih di atas komitmen semua

Semoga anak-anak didik kita bebas dadah dan bekerjaya cemerlang