Halaman

Visi PPDa: Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015

Pemasangan Papan Tanda Pusat Latihan PPDa

Proses pembangunan Pusat Latihan PPDa JPN Perak mula bergerak dengan pemasangan papan tanda pusat latihan  di Sekolah Kebangsaan Kg Kenang. Serentak dengan itu, bangunan pusat latihan akan mula dinaik taraf sehingga mampu beroperasi sepenuhnya pada bila-bila masa.


Papan tanda sedang dipasang.
Unit PPDa mengucapkan terima kasih kepada Unit Pembangunan JPN kerana proaktif untuk menjayakan pusat latihan ini. Pemasangan papan tanda tersebut yang dilakukan pada 25 Januari 2011 turut  dihadiri oleh En Ahamad Tarmizi Dawami (Unit Pembangunan JPN), Dr Roslan Hussin (Unit PPDa) serta disaksikan oleh En. Mior Muhd Ruselan bin Mior, Guru Besar serta Penolong Kanannya.